Monday, January 02, 2006

Pesta Tahun Baru

Pertama sekali JUTAAN terima kasih kepada semua yang terlibat dan TAHNIAH kepada yang BERJAYA. Sementara yang kecundang teruskan perjuangan anda. Anda mempunyai 365 hari untuk membuat persiapan.

PERTANDINGAN BOWLING :
Tahniah kepada Pasangan
Ylo In The House dan Syurgawijr yang menjadi Juara pertandingan Bowling 2005 dan JJ juara indiividu. Pasangan-pasangan veteran ini membuktikan usia bukan penghalang. Golongan MUDA yang berkobar-kobar "berkobar-kobar" sebelum pertandingan akhirnya kecundang, tersungkur dan gagal menjulang piala rebutan. Syabas kepada penganjur 'Orang Perak'.

PERTANDINGAN BLOG TERBAIK :

Penyampaian hadiah berlangsung dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan renyai dan paparazi berebut-rebut memetik gambar para pemenang. Hampir semua pemblog meraih sekurang-kurang satu hadiah yang ditawarkan. Blog Terbaik 2005 dijulang oleh Syurgawijr. Tahun 2006 perlu berkerja keras untuk merebut undi.

Acara ini diserikan dengan kehadiran pelakon
MAWI video CUTI-CUTI MALAYSIA.



PERTANDINGAN AMAZING RACE :

Inilah acara kemuncak Pesta Keluarga Hj M Salleh yang disertai 7 buah kumpulan yang bersaing hebat untuk merebut piala tahun 2005.

Tahniah kepada kumpulan Syurgawijr dan TamanBahasa yang memenangi kejuaraan tahun ini.

BELAKANG TABIR :

Para peserta 'GEMENTAR' untuk bergambar di stesen Changi Hospital. Sedangkan penganjur (sorang-sorang) re-visit tempat tersebut untuk menentukan lokasi dan tempat bergambar yang sesuai untuk para peserta.

Atiqa kena buli dalam Kumpulan 1 kerana menegakkan prinsip kejujuran dalam pertandingan. Syabas Atiqa!

Faiz dari Kumpulan 5 dapat merakamkan gambar 'makhluk halus' dalam video kameranya. Faiz kena re-visit lagi tempat itu untuk dapatkan kepastian. Ha ha ha.

Khairul Nizam dari Kumpulan 2 tiba-tiba menghafal Surah Yasin ketika menjejakkan kaki di Hospital Changi. He he he.

Bak Jat dan Mak Ngah dari Kumpulan 4 peserta veteran yang 'sporting'. Syabas!

Sakinah dari Kumpulan 3 siap ke internet dan print sebagai bahan bukti. Syabas atas usaha anda!

Kasihan Wani dari Kumpulan 6 sebelum pertandingan bermula ditendang keluar oleh peserta-peserta dari kumpulannya. Sob!

Akhir sekali Mai dari Kumpulan 7 terlepas menemui 3 tempat beribadat. Tetapi mengetahuinya selepas tiba di Chalet.

AKHIR KATA :
Selamat Hari Lahir kepada SABRYNA dan mereka yang lahir pada bulan Januari 2006.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home