Sunday, March 26, 2006

Perlawanan PERTAMA

Hari ini tercipta sejarah. Perlawanan pertama telah berlangsung di Sekolah Rendah LianHua Bukit Batuk. Perlawanan berlangsung sungguh hebat. Walaupun ketinggalan gol semangat pasukan masih KENTAL menyerang dan bertahan, dan akhirnya dapat menjaringkan DUA gol pada detik-detik akhir perlawanan. UDI mencipta sejarah sebagai penjaring pertama dan KHAIRUL menanduk masuk gol kedua. ANIS sebagai kapten pasukan telah bekerja keras mengawal kubu pertahanan dan merancang gerakan di padang. Namun begitu SEMUA pemain telah memberikan yang terbaik. SYABAS! Man-of-the-Match pilihan ramai ialah penjaga gawang : ALHAKIM yang telah dapat menyelamatkan beberapa jaringan gol terbuka. Pada semua ahli keluarga yang hadir, terima kasih di atas sokongan.

Kita perlu latihan untuk meningkatkan kecergasan dan kombinasi. Sementara itu berehat dahulu untuk menghilangkan sengal-sengal otot . . . Perlawanan berikutnya kemungkinan akan diadakan pada 9 April 2006 menentang pegawai-pegawai MUIS di padang sekolah AL-IRSYAD. Selamat Berjuang!
# Terdapat pemain yang sesak bernafas kerana sebelum masuk padang telah dihidangkan dengan hidangan piza! He he he . . .

0 Comments:

Post a Comment

<< Home