SePaRuH MaSa : 2 - 1
Hari ini di padang Sekolah Menengah Sembawang pada pukul 3.30 petang, pasukan FAMILI menunjukkan perwatakan yang sungguh membanggakan. Hari ini kami bermain sepenuh masa dengan 11 pemain TANPA pemain gantian atau simpanan. SYABAS! Bayangkan jika kesemua pemain kita hadir!
1. Penjaga Gawang - ISKANDAR berjaya mengawal gawangnya dengan baik. Walaupun terdapat detik-detik yang mencemaskan seperti BARTHEZ namun ISKANDAR hanya terlepas SATU gol dalam separuh masa pertama.
2. Pemain pertahanan HERMAN dan ANIS seperti CANNAVARO dan ZE ROBERTO telah berjaya mengawal asakan-asakan pemain-pemain muda dan bertenaga dari pihak lawan dan hampir menjaringkan gol dengan gerakan solo mereka.
3. Pemain veteran OM RIZAL dan WAK SAM hampir berjaya menjaringkan gol dalam detik-detik terakhir permainan. Memang nasib tidak menyebelahi mereka. Gaya permainan mereka seperti pemain pertahanan Italy FABIO GROSSO & ZAMBROTTA.
4. Ucapan tahniah kepada EPOL dan KHAIRUL yang berjaya menjaringkan DUA GOL yang telah memperdayakan penjaga gawang pihak lawan seperti SCHWEINSTEIGER dan RIBERY (BILAL). Juga tidak ketinggalan penyerang kita yang ketiga UDI seperti KLOSE yang senantiasa berusaha memecahkan benteng pertahanan lawan.
5. Walaupun ATIQ tidak dapat meneruskan permainan di separuh masa kedua, namun kehadirannya telah menyulitkan serangan pihak lawan. ATIQ sebenarnya masih belum pulih dari sakitnya namun semangat juang patut DIPUJI. Gaya permainannya seperti HEINZE Gabriel.
6. Tidak lupa kepada ARIN dan ROSLAN seperti MAKELELE dan RICARDO CARVALHO walaupun mereka sibuk dengan urusan keluarga tetap menghadirkan diri dengan larian-larian dan terkaman-terkaman yang membantutkan serangan pihak lawan untuk menjaringkan gol.
Ibu-ibu, anak-anak dan cucu-cucu yang hadir telah memeriahkan suasana petang minggu ini, namun begitu pertandingan CAPTAIN BALL tidak dapat dijalankan kerana KEPANASAN dan KESUNTUKAN MASA. Insya-Allah di lain kesempatan.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home