Saturday, October 21, 2006

DiARi BaPak 1

Hari ini Cg menemani BaPak ke Klinik Ansar. Sejak akhir-akhir ini BaPak mengadu kakinya sakit. Beliau akan terjatuh bila hendak berdiri ataupun bangun. Alhamdullilah menurut pemeriksaan Dr Aris : BaPak SiHat

1 Peha kiri BaPak normal sementara peha kanan BaPak agak kecut sedikit
2 Menurut beliau sakit tulang adalah normal untuk mereka yang berumur
2 Pemeriksaan Jantung - Baik dan Sihat
3 Pemeriksaan Darah juga - 130.80 Baik dan Sihat
4 Beliau memberikan kapsul kalsium sehari sebiji untuk 30 hari
5 Dan pil meredakan bisa-bisa badan

# Kunjungan ke Klinik Ansar ini genap 11 tahun kerana rawatan terakhir BaPak di klinik Ansar pada 21 Oktober 1995 dan seperti biasa Dr Aris akan menyambut pesakitnya di muka pintu dengan penuh ceria dan gembira kerana kad rawatan pesakit masih ada. Selalunya kad itu dibuang selepas 7 tahun bila dikemaskinikan rekod pesakit.

# Semoga dengan Doa Anak-Anak & Cucu-Cicit di bulan Ramadhan ini BaPak kembali sihat seperti biasa. Amin

0 Comments:

Post a Comment

<< Home