Wednesday, March 28, 2007

LamBaian ReDang

Satu perhimpunan besar para blogger akan berlangsung di PULAU REDANG pada 13 - 15 Jun 2007. Perhimpunan 3H 2M itu akan dihadiri oleh blogger TamanBahasa, Syurgawijr, Ayangz, MyKidz, Skazeisk, KakLong, dan Blogger PakAtit sekeluarga.

Yang berkereta akan bertolak pada 12 Jun 2007 dari Singapura lalu bermalam di MERANG Terengganu. Sementara yang menaiki bas akan bertolak dari LARKIN JB pada 12 Jun dan tiba di MERANG pagi 13 Jun untuk bertemu konvoi kereta di Jeti MERANG.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi - BIBIK syurgawijr mengenai tempahan bilik. Setiap dewasa dikenakan harga SGD $118.00 sementara budak 60% harga dewasa. Untuk penempahan tiket bas sila hubungi PakAtit. Kami masih mengalu-alukan Ylo In The House, SweetDarling dan Jom Lepak. Tunggu apa lagi?

3H 2M - Di Redang Reef Resort : Termasuk makan minum, 1 BBQ, 3 kali snorkeling, angin laut dan pantai pasir putih. Candat Sotong - Optional

Akhir sekali . . . Insya Allah Jumpa Anda Di Sana !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home