Wednesday, May 02, 2007

AniMaTor


BELAJAR SOFWE MAYA AGAR LEBIH BERMAYA

SETELAH lulus dengan Diploma dalam Rekaan Media Digital dari Politeknik Nanyang pada 2004, Encik Muhd Zulhikam Ramli memutuskan untuk meneruskan pengajian dengan mengambil kursus profesional animasi di Intense Animation Studio.

'Bagi saya kemahiran saya belum mencukupi untuk saya memasuki industri animasi. Di politeknik, kami gunakan sofwe 3D Max.

'Bagaimanapun, banyak firma animasi menggunakan sofwe dipanggil Maya yang saya pelajari di Intense,' kata pemuda berusia 22 tahun itu.

Oleh kerana bakatnya yang menyerlah ketika mengambil kursus animasi di Intense, beliau ditawarkan untuk bekerja sambilan dalam satu projek animasi 3-D yang diperolehi syarikat Intense hasil kontrak daripada sebuah syarikat Midcom di Cannes.

Projek animasi 3-D, The Travels Of Wiglington, diadaptasikan daripada sebuah buku yang mempunyai tajuk yang sama.

Encik Muhd Zulhikam juga menjalankan banyak projek bagi rekaan animasi untuk kain rentang di firma lain.

'Tujuan saya ialah untuk membangunkan seberapa banyak portfolio saya yang diperlukan sebelum saya dapat meneruskan pengajian universiti dengan Ijazah Sarjana dengan pengkhususan dalam bidang animasi di RMIT di Melbourne,' jelas pemuda berwawasan itu.

Berita Harian - RaBu : 02 05 07

0 Comments:

Post a Comment

<< Home