Tuesday, June 19, 2007

AFI LamBaian ReDang


01. Pengangkutan ke Pulau ReDang berjalan lancar. Cuma gagal menempah tiket untuk perjalanan pulang. Ketika lawatan ke LanGkawi, masalah pengangkutan bas berjalan lancar. Oleh itu masalah menempah tiket bas perlu diberikan perhatian.

02. Masalah 3G Ia perlu diberikan perhatian. Tak larat untuk menolak punggung saiz 3G ketika menaiki dan menuruni bot untuk snorkeling. Sebaiknya diturunkan 10 kg sebelum lawatan.

03. Masalah pernafasan ketika snorkeling. Cuma seorang sahaja mengalaminya. Insya Allah dapat diatasi bila dapat gigi baru.

04. Aktiviti Scuba kurang diberikan perhatian. Cuma seorang saja yang terlibat. Mungkin masalah bayarannya RM$150.00 agak berat. Namun ia lebih murah daripada di Singapura. Kumpul wang dari sekarang RM$150 = SDG $67.00.

05. Masalah mabuk laut ketika candat sotong bertambah parah! Hilang keghairahan untuk mencandat bila muntah isi perut ke laut dan kesannya tangkapan juga menurun! Daripada 23 ekor tahun lalu ke 12 ekor sahaja tahun ini. Mesti cari ubat menahan mabuk dan muntah!

06. Masalah mengambil gambar dalam air. Perlu sebuah kamera digital yang mempunyai flash serta waterproof. Satu kamera cukup untuk dikongsi bersama. Jika ada video waterproof lebih baik. Mungkin boleh tanya Om di mana untuk dapatkan casing waterproof bagi kamera dan video.

# 3G bermaksud Gebu, Gempal & Gemok
# AFI : ARea For ImProveMent

0 Comments:

Post a Comment

<< Home