BeRita HaRian 25 OgOs
RAPAT HARI KEBANGSAAN
REBUT PELUANG KERJA LEPAS BERSARA AGAR LEBIH SELESA
Kerja baru di NUH janjikan hidup lebih makmur di hari tua
SELEPAS 45 tahun bekerja sebagai pegawai sokongan operasi di Universiti Nasional Singapura (NUS), Haji Sajat Ali, 66 tahun, belum bersedia untuk berhenti bekerja.
Justeru, selepas bersara tahun lalu, beliau tidak teragak-agak merebut peluang pekerjaan yang ditawarkan Hospital Universiti Nasional (NUH).
Meskipun menerima gaji yang lebih kecil, datuk empat cucu itu berkata dengan bayaran bulanan daripada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan simpanan peribadinya, beliau dan isteri, Hajah Kamisah Saleh, 60 tahun, hidup selesa.
Bahkan, mereka juga mampu melancong ke Malaysia dan Indonesia dua kali setahun.
'Gaji saya tiap bulan sebagai simpanan hari tua saya dan isteri, apabila saya tidak mampu bekerja kelak,' kata beliau.
Meskipun sudah lanjut usia, Haji Sajat masih tegap dan sihat hasil gaya hidup sihat yang diamalkannya sejak remaja lagi.
Dahulu, beliau gemar berbasikal dan berlari-lari anak.
Selepas mencecah usia 60-an tahun sekalipun, Haji Sajat masih aktif berlari-lari anak sejauh dua kilometer sekali seminggu. Kegiatan itu dilakukan bersama isterinya.
Beliau juga mengamalkan pemakanan sihat. Bahkan, sejak muda, beliau tidak pernah makan nasi lemak atau roti perata, terutama sebagai juadah sarapan.
Bagaimanapun, Haji Sajat berkata beliau tetap merasakan kesan-kesan usia senja.
Justeru, beliau memilih pekerjaan sebagai pembantu pesakit. Tugasnya menolak pesakit menggunakan kerusi roda atau katil roda dari wad mereka ke bilik rawatan.
Masa tugasnya pula hanya empat jam sehari.
'Namun, saya beritahu pihak pengurusan yang saya sanggup bekerja lembur. Jadi hampir setiap hari mereka suruh saya kerja sehingga lima atau enam jam,' katanya.
Pengarah Sumber Manusia NUH, Cik Clara Wee, berkata pekerja tua seperti Haji Sajat membawa bersama mereka pengalaman hidup dan pekerjaan berharga yang dapat dimanfaatkan.
Tambahan pula, pekerja tua juga lebih matang, sabar dan stabil - nilai-nilai penting yang dapat menjadi contoh kepada pekerja muda.
'Untuk memaksimumkan sumbangan mereka, kami juga memadankan keupayaan mereka dengan keperluan pekerjaan bagi memberi pekerja ini pengalaman bekerja bersama kami yang bermakna,' ujar beliau.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home