Tuesday, October 16, 2007

Ziarah Raya 1



Allahu akhbar! Allahu akhbar! Allahu akhbar!

Setelah selesai menunaikan solat idilfitri ahli keluarga HMS mula berkumpul di Blk 335. Beraya di kediaman Bapak / Atuk / Moyang Hj Muhd Salleh. Famili Ylo indaHouse yang tiba seawal 10.00 pagi diikuti dengan famili TamanBahasa dan ahli keluarga yang lain hingga berlaku kesesakan pergerakan.

Menjelang dua petang keadaan itu menjadi lebih sesak mesak dengan kehadiran ahli keluarga Nekeling yang seramai lebih kurang 30 orang! Sambil menjamu selera serta bermaafan keadaan itu adalah lumrah pada setiap raya pertama. Yang penting semua hepi!

Kemudian kumpulan pertama ahli keluarga menziarahi Nekeling sebelum berlabuh di blok 313. Nasi briyani menjadi hidangan utama di samping para tetamu memerah otak menjawab Kuiz Raya berulang kali. Pada akhirnya famili SweetDarling dengan linangan air mata memenangi hadiah sagu hati. Tahniah! Acara berakhir dengan sesi bergambar ramai di studio 313.

Kumpulan kedua yang terdiri keluarga Syurgawijr, Ylo indaHouse, BakJat.com dan Jom Lepak tiba menjelang waktu maghrib. Selepas bersolat maghrib kami ke rumah WakRam.com selepas Oja menunjukkan demontrasi bermain mercun dari tingkat 7 balkoni rumah. Power!

Setelah sejam meratah kuih muih di rumah WakRam.com kami bergerak ke rumah Nekeling. Acara utamanya ialah bermain bunga api. Ya! kami ke taman terbuka di sebelah rumah Nekeling untuk bermain bunga api.

Ahli keluarga begitu ghairah bermain bunga api kecuali seorang ahli keluarga Syurgawijr yang masih mengalami truma dan fobia mengingatkan peristiwa tahun lalu di mana ‘roket’nya menuju ke planet jupiter!

Bunga api yang melepaskan 15 letusan bunyi serta cahaya api yang bergemelapan menerangi suasana malam. Anak-anak begitu riang bermain bunga api. Bunga api yang berputar di lantai menarik perhatian kami.

Tiba-tiba semua ahli keluarga bertempiaran lari apabila yang tidak dijangka berlaku. GeDeBOM! . . . (peristiwa tahun lalu berulang lagi! . . . tahu tak ape!)

Nekeling sihat walafiat melayan kami hingga menjelang 10 malam sambil menjamu hidangan. Nekeling kata dia dengar GeDeBOM! Syukur alhamdullilah nasib baik Nekeling tak pengsan! Dia berleter ‘anak-anak’ yang main bunga api!

Tapi yang penting semua hepi!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home