Sunday, December 30, 2007

HaRi KeluaRGa HMS 2008 – 17


Hari ini bermula dengan bismillah. Setelah bersarapan pagi sama ada di hotel ataupun di restoran kami berkumpul di dewan makan untuk aktiviti utama - Amazing Race.

Amazing Race bermula pada pukul 9.30 pagi. Semua peserta - 8 kumpulan ahli keluarga - terpaksa mencari AtiQa untuk mendapatkan arahan seterusnya. AtiQa bersembunyi di kolam renang. Dia mendiamkan diri bila terdengar ahli keluarga Ylo. Ada yang mengetuk pintu 308 berkali-kali untuk mencari AtiQa.

Menurut AtiQa keluarga MyKidz bersama babynya yang tiba awal mengambil arahan kemudian diikuti ahli keluarga yang lain. Setelah itu mereka semua berkeliaran mencari 10 objek untuk bergambar!

Menjelang 10.00 pagi aktiviti yang menjalin hubungan ahli keluarga itu berakhir. Objek yang mengelirukan ialah gambar starfish di kolam dengan mural di dinding dan enam tayar dengan bola bowling!

Aktiviti CaptainBall dan SOccer tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa. Kemudian para berserta ke kolam renang untuk bermanDi manDa!

Keputusan Penuh Aktiviti :

01. Kuiz Raya Korban MyKiDz :
Juara Muhd Zulikram (WakRam.com) 2. AtiQ Wani (SweetDarling)

02. TeleMatch : Juara SweetDarling 2. Syurgawijr

03. BoWling :
InDiviDu : 1. Yati 119 (Ylo) 2. Iskandar 117 (SkaZeisk) 3. Herman 115 (AyangZ)
Pasangan : 1. Ayangz - 201 2. Ylo - 187 3. Khairul & AtiQa - 159

04. VideoGames :
Juara - Suffi (Syurgawijr) 2. Iman (Ylo) 3. Danish (MyKiDz)

05. Amazing Race :
Juara MyKiDz 2. AyangZ 3. SkaZeisk

06. Acara SaMpinGan :
LumBa Renang - Yati (Wanita) Khairul (Lelaki)& Ira (Kanak-Kanak)

07. AnuGerah 2007 :
Penyampaian AnuGerah Berita Ahli Keluarga HMS Di Akhbar
WakRam.Com, TamanBahasa, WakSara.Com, Syurgawijr, BakJat.Com & SkaZeisk

08. Trofi BloG Ahli Keluarga HMS :
TamanBahasa, Syurgawijr, SkaZeisk, AyanGz, Ylo, SweetDarling, Jom Lepak, MyKiDz, dan NoiAngel. OddiQ dan RasHidpteltd tidak hadir untuk menerima trofi mereka.

Menjelang 1.30 petang tiga kereta bergerak ke rumah baru Aini & Shah untuk makan tengahari. Sementara keluarga Syurgawijr, Skazeisk, Ayang & WakSam pulang awal kerana urusan keluarga dan kerja. Kami dihidangkan dengan laksa dan kari daging. Sebelum beredar kami membaca doa selamat agar rumah dan ahli keluarga itu diberkati kebahagiaan di dunia serta di akhirat.

Selamat Tahun Baru Masihi 2008. SemoGa diberkati Allah semua ahli keluarga HMS keBahaGian di Dunia dan keBahaGian di Akhirat. Amin!

KeluarGa BerIman > KeluarGa BahaGia > KeluarGa CeMerlanG!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home