Sunday, February 17, 2008

Kpak Kpak Bing Bing 2



Terima kasih kerana sudi mengundi. Pengundian ini ditutup secara rasmi selepas seminggu berlangsung. Jari-jari yang mengetik pilihan calon itu diiringi dengan doa dan harapan. Mudah-mudah doa anda akan dikabulkan oleh Allah.

1. Aan - SyurgawiJR - 18%
2. Noi - WakRam.com - 20%
3. Aizah - WakLong.com - 13%
4. Aivi - AnnShah.com - 09%
5. Hajar - Bakjat.com - 40%

Namun begitu terdapat nama-nama underdog yang muncul. Hafiz - WakLong.com dan Udi - BakDon.com antara calon-calon yang insya-Allah akan ke jinjang pelamin pada tahun 2008. Tetapi berita tergempar apabila mancoman mengusulkan ajan - PakRashidpteltd.com sebagai calon surprise hotdog! - terperanjat monyet dibuatnya!

Seiring madah pantun bersambut
dalam senyum penghidang tamu
mesra berdakap kasih terpaut
persilakan tamu sambut di pintu

Sambut salam sambut bersopan
jenguk-menjenguk ajuk-mengajuk
baru kami menyebut tuan
air didih belumlah sejuk

Dimulakan hajat setinggi gunung
dimulakan dengan pantun pusaka
tersisip makna dalam nan agung
sehalus rambut sejernih kaca

Dijunjung datang disambut hajat
dulang berukir tepak peminangan
persudikan santap sirih beradat
pusaka bangsa zaman berzaman

Kini jejaka rindu seharian
gadis di bilik sendiri kesepian

Menunggu menimang ingatan kasih
malam merayu ke bulan jernih

Ah! Semusim cuma yang dinanti
gunung dikejar kemanakan lari?

0 Comments:

Post a Comment

<< Home