Sunday, April 13, 2008

The BIG 90


Terimakasihlah kepada semua yang dapat menyumbangkan video untuk dia. Bila tengok muka dia boleh nampak tau yang dia appreciate you all punya effort. Dia suka tengok muka anak-anak, cucu-cucu dan cicit dia kat video, ketawa dan tersenyum lebar dia, dan terharu bila dia dengar ucapan kat video. Thanks once again.

Sambutan tahun ni start dengan doa selamat dan Marhaban. Bapak tak boleh maintain bila memotong kek pulut dengan kawan-kawannya. Apa agaknya dia fikirkan ? Terharu sangat dapat sambut dengan ahli keluarga dan rakan-rakan atau rindu kepada isterinya. Cuma dia aje yang tahu. (3X- actually aku pun tak boleh maintain bila tengok dia, terpaksa tengok kat lain act macho). Tahun ni juga, kita dapat pakai technology canggih untuk bersama Hikam (via msn and webcam) dari Australia. 

Seperti dua tahun lepas, video semua ada kelainan, cuma ada gambar cut and paste, tapi tu tak penting, most important presentation dan message semua unique. Quality pun makin meningkat, banyak improvement. 

Sufi punya syair dan puisi sungguh memukau sekali, macam cerita hindustan, boleh tukar-tukar tempat dan baju, dan penuh drama sekali dengan gerakkan tangan. Haatim yang camera man dan video editor.... Power!!!

Wakram punya video, seperti biasa "kelakar seram". Tahun lepas dia pakai topi soljer cina (tinang botinang), tahun ni dia pakai tarbus merah dah... Bila dia kasi ucapan tu, tak boleh angkat lah! Tengok raut muka dia macam serious, macam nak nangis pun ada sampai telan air-liur. Pegang tongkat pulak tu. Intro video cerita P Ramlee pulak tu.... ya kassim!!! Definitely one of the highlight of the show. You all tengok balik kat youtube tu, aku tengok banyak kali pun masih tak jemu... hahaha...

Sweetdarling punya video memang selalu very touching. Suka dengar Wani baca puisi, memang sedap sekali. Dengan lagu dan ucapan kena betul. Cuma lagu tu tak dengar sangat, memang untuk effect ke? bapak tanya "ni lagu cina ke?". Tapi bila dengar balik, liriknya memang sesuai untuk Atuk... well done.

Wak Kadir punya pulak macam National Day parade. Fireworks habislah... agaknya dia terkilan main bunga api (ingat tak tahun lepas hari raya dia letupkan bunga api yang kuat kat tp...hahaha). Actually premiere pro dia rosak, sebab tu dia tak dapat edit video sangat. Tapi last sentence dia tu memang betul, bapak tak mintak medal of honour selepas membesarkan kita, how very true.

Odah (Rashid & Co) presentation memang aku favourite. Even though dia tak buat video, tapi dia orang pakai Powerpoint presentation. Ini menunjukan untuk contribute, tak payah ada video camera dan editor, pakai apa yang ada. Powerpoint ke, Word ke, Excel ke, tak kisah. Yang penting, dapat meluahkan perasaan dan presentation untuk Atuk yang tersayang. Good Job! Ada satu gambar tu bagus, time Abg Atid kecil dan besar bersama bapak bersebelahan. Very touching photos.

Ayangz dan Skazeisk punya video, suggest you all pakai headphones, untuk dengar mereka punya interview session... interesting. Apa yang Herman cakap memang betul. Bapak ni memang banyak pengalaman, dah banyak tempat dia bekerja. Dua minggu lepas bila berbual dengan dia, dia cerita dia pernah kerja Navy as an RA. Tembak kapal terbang jepun lah! I'm guessing RA is Regimental Artillery, gunner. Anyway, good editing for their video, except lagu kuat sangat. Part Wak kadir tak terkata is precious, menunjukan betapa "words cannot describe the feeling" (atau agaknya cucu kacau sebab tu tak terkata...hehehe). 

So thanks once again for all your efforts. Terimakasih membuatkan bapak kita happy. Terimakasih besar kepada Abang Ram dan Kak Su untuk jamuan dan penganjur, dan juga Abang Kadir/Atiqa penganjur kuiz dan sumbangan hadiah. Enjoy the videos posted, and start thinking about next year's video. (posted by 3X)

pemenang kuiz, hadiah Xango (sumbangan Taman Bahasa)

0 Comments:

Post a Comment

<< Home