Monday, November 17, 2008

Sesi Mengemaskini


Pengundian bermula pada 20 nov 2008.

WebBlog keluarga HMS bermula dengan 10 blog pada tahun pertama 2005 kemudian menurun ke 9 blog pada tahun 2006 dan kini terdapat 14 blog untuk anugerah 2007 & 2008. Pihak penganjur begitu hiba dengan ketiadaan Jom Lepak! Moga kesihatannya dapat dibaikpulihkan dan menyertainya pada tahun-tahun mendatang. Insya-Allah.

Harap undi dengan bijaksana. Fikirkan sejauh mana setiap pemilihan itu telah memberikan nilai tambah (value added) dari segi pengetahauan dan pengalaman anda, juga memberi anda inspirasi untuk melakukan sesuatu dan motivasi untuk mencapai matlamat anda.

Jangan memilih berdasarkan emosi!

Persoalan :

01. Terdapat seorang blogger bawah umur daripada 14 blogger yang disahkan untuk mengundi. Adakah blogger suffi&haatim dibenarkan mengundi? Adakah suffi&haatim akan memilih dengan matang? Atau suffi&haatim akan dipengaruhi oleh orang lain?

02. Begitu juga kini terdapat 3 buah rumah mempunyai ahli-ahli keluarga yang terlibat? Bagaimanakah dapat dipastikan mereka tidak dipengaruhi oleh ahli keluarga untuk memilih mengikut kepentingan keluarga? [a] MyKidz-Roos & Anistino'sWorld, [b] SweetDarling, ManjaGurl & Kuusoukatick, dan [c] Syurgawijr & Suffi&Haatim.

03. Membenarkan PakAtit.com dan WakRam.com mengundi untuk kategori Video sahaja kerana penyertaan mereka dalam kategori tersebut di blog HjSalleh's Family.

04. Terdapat beberapa blogger tidak terlibat dalam sesuatu kategori. Adakah mereka dibenarkan mengundi untuk kategori tersebut atau dibenarkan mengundi semua kategori walaupun tidak terlibat.

Pihak penganjur mengharapkan maklumbalas anda untuk mengemaskini sistem pengundian.

Salurkan idea anda ke maklumbalas !!!

Terima kasih

0 Comments:

Post a Comment

<< Home