Tuesday, December 02, 2008

AktiViti ManDi ManDa



Kelmarin seorang remaja berusia 16 tahun dipercayai mati lemas di East Coast Park dekat Goldkist Beach Resort. Allahyarham dipercayai keluar berenang bersama kawan-kawannya di pantai East Coast pada malam Jumaat lalu. Mayatnya ditemui di kawasan Goldkist Beach Resort sekitar 8.20 malam.

Oleh itu langkah-langkah keselamatan harap berikan perhatian yang serius. Aktiviti mandi-manda di Pantai East Coast akan diawasi oleh Cpl Azhar untuk memastikan keselamatan ahli keluarga HMS yang bermandi-manda di laut.

Semua ahli keluarga dilarang bermandi-manda pada waktu malam!

Mereka yang bermandi-manda harap membawa pakaian mandi dan peralatan seperti google, peralatan snorkel atau barangan main anak-anak.

Sesiapa yang ingin bergambar dalam air bolehlah gunakan kamera Olympus kalis air (waterproof). Dapatkan dari meja penyambut tamu Chalet G01.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home