Tuesday, December 30, 2008

Pesta KeluarGa 2008 : 5


MenCari WujuD : 2

Menjelang 12 tengah malam 4 jejaka mengayuh basikal menuju arah ke Changi. Mereka ditemani angin malam dan cahaya bintang di langit.

Setelah melepasi pusat makan lagoon mereka terus berkayuh hingga ke kem Bedok. Mereka begitu berkobar-kobar untuk mencapai hajat mereka. Mencari WujuD!

Kini mereka memasuki laluan semak dan pohon-pohon ru di sekeliling mereka. Kayuhan mula diperlahankan. Mata mula melingas ke kiri dan ke kanan. Deru nafas mereka mengisi keheningan malam.

Tiba-tiba terdengar suara sayup-sayup. Kata orang kalau sayup-sayup bermakna dekat. Ya! tiba-tiba muncul di depan mata. Berderau darah. Bulu roma mula berdiri. Kemudian hilang entah ke mana!

Pengayuh pertama yang mempunyai dua cahayamata menunjukkan arah kepada ketiga-tiga temannya. Tiba-tiba muncul di atas pokok dengan suara hilaiannya bersama deru angin malam. Semua mata mengarah ke arah hilaian itu.

Pengayuh kedua melihat kelibat terbang tanpa arah. Tiba-tiba pengayuh ketiga bermandi peluh. Dia mula tidak tahan untuk menghadapi saat-saat yang mengugat jantung hatinya. Ayuh pulang! jeritnya lalu memusingkan basikalnya. Matanya dipejamkan! Tidak sanggup untuk menatapnya!

Pengayuh keempat yang paling muda terpinga-pinga. Hatinya tertanya-tanya. Ada apa? Kenapa? Bunyi apa? Mana dia? Suara itik?

Mereka semua berpatah balik. Tidak sempat untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti, kerana pengayuh ketiga yang berbadan gempal begitu menggelabah untuk pulang. Jatung hatinya benar-benar dipagut oleh kewujudan WujuD! Esoknya keDEMAMan!

Seterusnya > TerPerangkap WujuD 3

Sila Baca Segmen MISS HMS 2008 di Skazeisk dan di SweetDarling

0 Comments:

Post a Comment

<< Home