Saturday, April 11, 2009

HMS BirthDay Trip


Tidur dan Urut @i Hotel

i HOTEL terletak di daerah NAGOYA yang terkenal sebagai pusat membeli belah yang terkenal di BATAM. i HOTEL terletak 3 minit dari NAGOYA MALL. Di depan MATAHARI terletak lorong SATAY CLUB!

i HOTEL menawarkan kos penginapan yang termampu untuk para turis. Sistem keselamatannya cukup tinggi. Naik lif pun kena gunakan kad bilik. i HOTEL menawarkan khidmat urut dan wifi (percuma). Dalam bilik airnya disediakan juga shaver kid. Dari tingkat 10 (bilik 1012) cukup menarik sekitar rumah di lereng bukit pada waktu malam.

Cg dan JJ bercadang untuk tinggal sebulan di BATAM untuk mengetahui lebih mendalam lagi gaya kehidupan penduduknya. Cadangan ini mendapat tepukan gemuruh! Sebulan aja!

Lawatan dua hari satu malam begitu singkat untuk mengetahui hati budi orang BATAM yang sering mendapat laporan yang kurang enak di dada-dada akhbar Singapura mengenai isu orang Singapura kena tipu. Pelaburan membeli rumah agak kabur! Hak milik bebas, sewa 30 tahun dan projek yang tidak siap! Projek Coastarina mendapat tentangan para nelayan BATAM! Mata pencarian mereka terjejas!

Sepatutnya Belerang Bridge digunakan untuk lalu lintas yang sibuk tetapi kini fungsinya berubah untuk para penduduk sekitar jual ketam dan udang goreng di tengah-tengah jembatan. Jika letak katil untuk tidur di jembatan itu juga dipersilakan. Kononnya rancangan pemerintah untuk menyambungkan pulau BATAM ke BINTAN melalui pulau-pulau kecil yang bertaburan di antaranya!

BATAM cuti 4 hari. Khamis cuti PEMILU, Jumaat cuti GOOD Friday, termasuk Sabtu dan Ahad!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home