TRilogi HMS - InSPiraSiKu
Semasa hayatnya arwah antara insan yang banyak mewarnai pengetahuan dan pengalaman hidup semasa Cg kecil selain HMS dan Emak. Bersantai di pantai mencari kepah dan agar-agar, menyirat atap rumbia dan mencari buah kabung, bermalam di Lorong Mat Jambul (Pasir Panjang), menganyam pelbagai jenis ketupat, berulit di ambin tempat tidurnya mendengar cerita-cerita lama dan . . . dan . . .Akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 18 Sept 1979 – Selasa 26 Syawal 1399 dan dikebumikan di Pusara Aman : Blok 2 Plot No : 5716
Apabila Cg menziarahi pusara Emak hampir setiap minggu, Cg turut singgah di pusara Atok. Kini pusara Atok dalam proses peralihan. Pusara Atok akan dibongkar dan dialihkan di pusara Abadi. Cg dan Abang Atan ditugaskan menjadi saksi proses peralihan pusara Atok . . . http://www.pusaramgt.com/main.asp
Madah pujangga ada mengatakan gajah mati tinggalkan tulang, harimau mati tinggalkan belang, manusia mati tinggalkan nama. Walaupun tertimbus dalam tanah namun teras timbul juga !! Alfatiha


0 Comments:
Post a Comment
<< Home