Di PiNtU MaSjiD
Ketika Cg mengatur langkah, di pintu masuk Masjid Sultan, Cg disapa oleh seorang wanita. Tangannya dihulur. Kami bersalaman.
Cuma beliau seorang sahaja berada di pintu massuk. Duduk bersendirian merenung kekalutan. Beliau mengenakan baju berlengan pendek dan berseluar panjang dan sebuah beg plastik di sisinya. Kelihatan uban-uban mencelah di kehitaman rambutnya.
Kami bercerita tentang ahli keluarganya. Kini beliau tinggal bersama anak lelakinya yang berumur 23 tahun di Lorong 7 Toa Payoh, #05-155. Yang lain ikut bekas suaminya. Rumah sewanya satu bilik.
Beliau lebih suka menghabiskan masa di pintu masuk masjid daripada duduk di rumah. Bosan katanya ! Semasa bercerita suaranya tenang. Menurutnya sehari beliau terima antara $10.00 hingga $15.00 atas belas ikhsan jemaah yang melalui pintu masjid itu.
Cg tinggalkannya untuk bersolat jemaah, walaupun banyak yang hendak diluahkannya. Sepanjang bersolat Cg tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian. Masya-Allah !! Begitu banyak persoalan yang berlegar-legar !!
Beliau telah memilih jalan hidupnya sendiri. Namun begitu, pedih hati ini merasakan hidup yang dilaluinya setiap hari ! Masya-Allah !!
Selesai bersolat Cg melalui pintu masuk itu sekali lagi. Kali ini Cg dihulurkan penyata CPF nya tahun 2008. Untuk menikmati wang CPFnya sudah tentu beliau terpaksa menunggu lagi 8 tahun.
Cg melangkah pulang dengan dada yang sebak. Dari kejauhan kelihatan sebuah tubuh masih duduk di tunggul di depan pintu masjid dibakar mantari petang !!

0 Comments:
Post a Comment
<< Home