Wednesday, July 08, 2009

AlFatiha Mikaeel


MJ 1958-2009 telah selamat dikebumikan (?) hari ini 08.07.09. MJ yang disahkan meninggal dunia pada 25.06.09 telah membuat 2 billion penduduk dunia meratapi pemergiaannya yang secara mendadak.

Jika benar pengakuan abang MJ, Jermaine atau nama Islamnya, Muhammad Abdulaziz bahawa beliau telah bertauhidkan Allah s.w.t dan dikenali dengan Mikaeel, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Amin !!

Raja Pop itu dilaporkan memeluk Islam pada November 2008 di rumah seorang rakannya di Los Angeles. Sudah tentu pemergiaannya selepas 7 bulan bertauhidkan Allah s.w.t. seperti bayi yang baru lahir. Subhanallah !!

Inallilahi wa inal ilaiyhi rajiun !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home