Monday, August 31, 2009

KUiZ Ramadhan 09


Peranan wanita cukup bermakna dengan kekata “Tangan yang mengayun buaian itu boleh menggoncangkan dunia.” dan diikhtiraf dengan penghargaan, kemuliaan dan penghormatan yang cukup tinggi bahawa “Syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu”.

Syarat Utama : Kuiz terbuka untuk kaum wanita di mana sahaja anda berada.

Tarikh Tutup : Jumaat 12.00 malam. Emelkan jawapan ke >>> KUiZ Ramadhan 09

1. Surah al-Quran yang membicarakan tentang hukum-hakam mengenai wanita seperti, nikah kahwin, poligam, harta warisan, dan sebagainya terdapat dalam _____ .
A. surah an-nisa
B. surah Maryam
C. surah al-maai’dah

2. Ahli keluarga wanita HMS yang lahir pada bulan September ialah _____ .
A. Norliza Binte Wahid
B. Ramlah Binte Salleh
C. Aivizanoorwani Shah Bt Shahroni

3. Kecantikan wajah wanita digambarkan seperti pipi bagai pauh dilayang, mata bak bintang kejora, gigi bagai mutiara tersusun, rambut bagai mayang terurai dan _____ .
A. bibir bak sehari bulan
B. bibir bak padi bunting
C. bibir bak delima merekah

4. Hantaran yang diminta oleh Puteri Gunang Ledang antaranya ialah hati kuman 7 dulang (sekarang jumlah kuman H1N1 lebih dari 7 dulang) dan _____ .
A. 7 mangkok darah anak raja
B. 7 jembatan emas dan perak
C. 7 tempayan air mata anak dara

5. Allahyarhamah Darmiah Bte Osman telah mendirikan rumah tangga dengan HMS pada _____ .
A. 05.06.2603
B. 12.11.1943
C. 09.04.1940


6. Pekerja perkhidmatan awam Singapura yang melahirkan bayi dibenarkan bercuti maksimum selama _____ .
A. 16 minggu
B. 08 minggu
C. 24 minggu

7. Seorang ibu yang berlari-lari antara Safa dan Marwah ketika panas terik mentari sebanyak 7 kali untuk mencari air bagi bayinya yang kehausan ialah _____ .
A. Ibnu Mariam
B. Sayyidah Hajar
C. Halimah Al-Saidiyyah

8. Sabda Rasulullah kepada Fatimah, " Wahai Fatimah sebenarnya engkau bukanlah wanita pertama yang akan masuk syurga." Muthi'ah wanita pertama masuk syurga kerana ____ .
A. bersolat tahjud setiap malam bersama suami
B. minta keizinan suami sebelum melakukan sesuatu
C. menyediakan hidangan dan menghiasi diri untuk suaminya

9. Masjid yang siap dibina pada 1846 bersempena nama seorang wanita yang telah mewakafkan hartanya ialah _____ .
A. Masjid Fatimah
B. Masjid Khatijah
C. Hajjah Rahimabi

Emelkan jawapan ke >>> KUiZ Ramadhan 09
Selamat Berjaya.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home