Monday, February 08, 2010

MenGejar Masa !!


Tahun 2009 berlalu. Bulan pertama 2010 berlalu begitu cepat. Hidup mengejar masa. Masa berlalu dan terus berlalu . .

Tahun 2010 kita dihambat kesibukan :

TamanBahasa :
Oleh kerana kesibukan > Cg tidak lagi bersembang dengan JJ di Masjid Alkaf setiap Jumaat! Sementara Wawan sebagai CEO kelab Afghanistan. Alhakim bertukar kerjaya. NurAtiqa akan memasuki alam pekerjaan setelah bertungkus lumus menyelesaikan persembahan hingga komputernya meletup-meletup! Apa lagi fikirkan renovasi rumah yang tak siap-siap. Kah kah kah!

Ayangz & Skazeisk :
Ayangz setelah selesai tandatangan terakhir akan berpindah rumah dari Punggol ke Tampines kerana masalah persekolahan NurHaziq. Sementara Skazeisk pula sibuk mengadun, menguli dan mencari resipi terbaru kek! Ho ho ho!

PakAtik.Com & OddiQ :
Persiapan sudah tentu bertambah rancak menjelang bulan May yang hanya tinggal tiga bulan. Banyak yang perlu difikirkan. Begitu juga OddiQ – dengan kerjaya baru dan merancang untuk mencari persekitaran baru yang lebih selesa. Insya-Allah segalanya berjalan dengan lancar! Eham! eham! eham!

SweetDarling :
Sudah pasti sibuk dengan penggal persekolahan anak di JC dan kerjaya yang bertambah sehingga blogpun tak terurus! He he he !

Syurgawijr :
Juga tidak terlepas dengan kesibukan kerjaya dan persekolahan anak-anak di samping menyiapkan projek spanya di Nusa Idaman. Di setiap kesempatan segalanya perlu difikirkan. Mungkin tidur tidak lagi selena dahulu! Uban pun bertambah. Ha ha ha!

Kepada yang lain WakRam.com (anak dara kembali dari rantauan), MyKidz-Roo (jangan booring). NorLiza.com (sibuk menyembur), JomLepak (kerja & kerja) dan Ylo Inda House (new hope) turut sama menempuh cabaran hidup mengejar masa !

Oleh kerana kesibukan yang bertali arus kegiatan keluarga HMS tahun ini memerlukan CEO baru yang lebih komited !!

Doa kami untuk semua > Bismillah >

Semoga Yang Dimpikan Insya-Allah Tercapai
Semoga Yang Dirancang Insya-Allah Terlaksana
Semoga Yang Dlakukan Insya-Allah Diberkati

0 Comments:

Post a Comment

<< Home