Butetin HMS 6
Masa berlalu begitu cepat, tanpa menoleh ke belakang. Terus maju ke depan.
Kata orang kuat ketam kerana sepitnya, kuat burung kerana sayapnya! Sesungguhnya setiap orang mempunyai bakat atau kemahiran yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Ada di antara kita yang menyedarinya dan mempergunakannya untuk kehidupan. Sama ada bakat atau kemahiran menyanyi, memasak, melukis, menendang bola, mengajar ataupun bijak berkomunikasi!
Keseluruhan ahli keluarga HMS tidak menggunakan bakat atau kemahiran yang dimiliki untuk mencari kehidupan di dunia. Kita bergantung kepada kelulusan akademik untuk menyara kehidupan. Kita tidak menceburi bidang perniagaan yang menawarkan 99% kekayaan di dunia.
Kita menanti peluang dan terus menanti buah yang tidak akan gugur! Kita takut untuk mengambil risiko! Kita tidak mempunyai keyakinan diri untuk berjaya dalam bidang perniagaan yang diceburi! Dan sebelum berusaha telah memberikan alasan tiada modal $$$ !
Mungkin generasi pelapis kedua atau ketiga HMS akan merebut peluang tersebut. Pendedahan awal dan networking yang bersifat global yang dilalui mereka akan membantu mereka mencapai impian. Mustafa Center bermula daripada kedai yang menempel di dinding tepi jalan!
Nantikan Esok Buletin HMS Ke 7

0 Comments:
Post a Comment
<< Home