Sunday, December 19, 2010

BeRiTa TerKiNi HMS



Seperti biasa ATOK naik bas untuk ke GEYLANG. Mengisi masa lapang kerana rindu sudah lama tidak ke sana. GEYLANG itu bagaikan halaman tempat ATOK bermain, sejak zaman tinggal di KAMPONG BEDOK sehingga ke TAMPINES. Tempat jatuh lagikan dikenang, inikan pula tempat bermain!

Sepanjang perjalanan hujan mulai turun dan bila tiba di GEYLANG keadaan mula reda. Ketika melangkah turun dari bas keadaan permukaan yang licin menyebabkan ATOK jatuh tersungkur. ATOK tidak dapat berpaut. Kepalanya terhentak ke permukaan jalan yang berbatu. Darah mengalir keluar!

Syukur alhamdullilah, seorang hamba Allah berbangsa India membantu ATOK. ATOK pening dan berbayang. Hamba Allah itu menenangkan keadaa ATOK. ATOK menunjukkan beg duitnya yang di dalamnya tercatat alamat dan nombor telefon!


Orang India itu menelefon ke rumah yang membuat Khairul, Munah & Shirley (jiran) berlari ke tempat kejadian. Setiba di rumah Shirley membantu membersihkan darah & luka di kepala. Apabila Khairul bertanyakan untuk dihantar ke hospital, ATOK mengatakan tidak perlu. ATOK membersihkan diri lalu berehat di biliknya.

Hari ini ATOK kembali cergas untuk turut sama meraikan majlis perkahwinan KHOO JUWITA di FORT CANNIG PARK. Dulu pipinya kelihatan kering dan kecut kini pipinya mula berisi dan licin (Klik Video) ! Rahsianya minum XANGO setiap hari (IKLAN) Alhamdullilah!


0 Comments:

Post a Comment

<< Home