Tuesday, May 10, 2011

Anak Lelaki Yang Pertama



Setinggi-tinggi penghargaan juga kepada Hj Abdul Kadir Bin Hj M Salleh... atau lebih terkenal dengan panggilan Abang Kadir. Anak lelaki yang pertama dalam keluarga HMS, beliau selalu prihatin tentang hal-ehwal keluarga tak kira adik-adiknya, anak-anaknya, anak-anak sedaranya, cucu-cucunya...

Tahun demi tahun beliau sentiasa memikirkan acara-acara, seperti sukan dan telematches dan penghimpunan keluarga untuk merapatkan silatul-rahim antara ahli keluarga. Menyediakan trophy-trophy untuk diberikan sebagai tanda penghargaan dan kenangan untuk setiap ahli keluarga. Beliau juga selama ini telah menjalankan tugas sebagai wakil dengan cemerlang untuk anak-anak sedaranya semasa bertunang mahupun masa bernikah. Dan sentiasa mengemaskini blog tentang berita-berita keluarga, untuk merapatkan lagi kita semua.

Selalunya kita lupa untuk memberi penghargaan kepada ahli keluarga sendiri... kalau ditempat kerja, boss selalu cakap "Good Job!!! Excellent!!!". Untuk itu kami sekeluarga juga berterimakasih atas jasanya kepada keluarga HMS. Semoga Allah panjangkan umur dan murahkan rezeki beliau sentiasa.

On another note:
My mak mertua (mak yati), selalu mengingatkan ke 4 anak-anaknya... "Kalau aku dah takde lagi, korang jangan berpecah"... perkataan ini selalu dilafazkan kepada anak-anaknya sebagai peringatan. Semoga kami boleh mendapat iktibar dari peringatan-nya.

(posted by 4X)

# Kejayaan sesuatu usaha itu bergantung kepada kerjasama semua pihak. Syukur alhamdullilah adik-beradik, ipar-duai, anak-anak saudara dan cucu-cucu berkerjasama untuk mengeratkan silatul-rahim di kalangan ahli keluarga HMS.

# Walaupun kadang-kala dalam melaksanakan sesuatu program itu ada hati yang terguris, ada perasaan yang tersentuh, ada perbuatan yang tersinggung - marilah kita sama-sama melupakan dan memandang ke depan untuk mencapai kebahagian di dunia dan kebahagian di akhirat.

Ikhlas : Abang Kadir


0 Comments:

Post a Comment

<< Home