Friday, July 29, 2011

Diari Kecil HMS 90


Al-Fatiha Buat Hj Muhd Salleh Bin Hj Sirat - Hari Ke 90

Dua buku kecil begitu unik bagi HMS. Kededuanya menyimpan pelbagai maklumat peribadi dan ahli keluarga HMS sepanjang hayatnya.

Jika kini kita menggunakan komputer ataupun iphone untuk menyimpan pelbagai maklumat, tetapi bagi HMS beliau menggunakan kaedah yang mudah, ringkas dan unik.

Hati Cg begitu tersentuh bila menyelak setiap lambaran yang dicatat, sama ada ditulis tangan dengan pensil ataupun pen. Di samping itu terdapat pelbagai doa kesejahteraan hidup di dunia dan di akhirat.

Rahsia yang Cg nyatakan ketika majlis Khatamul-Quran 3 ialah betapa 'deritanya' kehidupan HMS selepas ditnggal pergi 'kekasih hati' beliau untuk selamanya pada 20 Jun 2001.

Naluri hati berkata "actions speak louder than words". Perhatikan keserupaan 'kekasih hati' di bawah ini:

'the heartbroken emperor himself who decided to build the most brilliant symbol of love in the world'

Shah Jahan mendirikan tugu cinta 'Taj Mahal' untuk 'kekasih hati'nya Mumtaz Mahal yang berusia 14 tahun ketika bernikah kerana melahirkan 14 cahaya mata,

HMS mendirikan tugu cinta '3h3u' untuk 'kekasih hati'nya Darmiah Othman yang berusia 16 tahun ketika bernikah kerana telah melahirkan 11 cahaya mata.

>>> Bersambung

0 Comments:

Post a Comment

<< Home