1 MuHaraM 1427
1 - SUP TULANG
Kami sekeluarga mengucapkan terima kasih kerana sup tulang kami habis dalam masa yang singkat. Kepada pelanggan lain yang tersalah hari bulan, bercuti di luar negeri dan kerana tugas keluarga, Insya-Allah restoran akan dibuka pada lain kesempatan.
2 - KAD UNDANGAN
Kami sekeluarga juga mengundang semua ahli keluarga ke majlis pernikahan dan persandiangan puteri kami NurZetty pada 11 Mac 2006 pukul 4.00 majlis pernikahan dan 12 Mac 2006 untuk majlis persandingan. Kad undangan mula diedarkan. Kad Undangan dari Haatim Creative Pro.
3 - PERASMIAN KELAB BOLASEPAK
Semua ahli keluarga yang hadir pada hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah kelab bolasepak dan bercadang untuk mengadakan latihan dan perlawanan persahabatan. Latihan pertama di CarPark C Pasir Ris pada 26 Feb 2006 (Hari Minggu) pada pukul 4.00 petang. Perlawanan Persahabatan akan berlangsung pada 19 Mac 2006 (Hari Minggu) pada pukul 4.00 petang. Tempat (stadium) perlawanan akan diberitahu kemudian.
4 - KELAB BOLA SEPAK
Pengurus - AbangKadir
Pengurus Logistik - Mai
Pengurus Diet - Bibik, Kak Minah, Kak Eton
PomPom Girl - Yan, Aan, Sakinah, Raudah
Pemain EPL Yang Diundang :
1 - CharCoal United : Faiz, Ajan, Herman & Abang Atit
2 -Tampines Villa : Hikam, Ilham, Is, Abg Ram, Hakim, Khairul & JJ
3 - Batuk United : Roslan & Atiq
4 - Dover City : Aqhin, Fauzi & Abang Sajad
5 - Kallangton : Anistino (Pemain Import Brazil) & Jaffar (Norliza)
6 - Woodland Wolf : CikMat, Udi & Jali, Samad
7 - PongPool : Herman, Shaiful & Adi
8 - ChildSea : Muhammad, Sufi, Danish, Danial, Haatim, Haziq, Iman, Zohri, Hambali & Mawi (Kapten)
5 - PERATURAN PERTANDINGAN
Jangka masa perlawanan 30 minit dan masa rehat 15 minit. Pemain gantiannya bukan tiga tetapi tiada batas (bebas). Jersi diuruskan oleh Mai, sementara seluar, stokin, kasut bola - sendirian berhad.
6 - ADA APA PADA NAMA?
Pasukan BolaSepak ini perlukan identiti dan imej. Sila sarankan nama yang sesuai untuk dijadikan logo pasukan. Jangan pulak Sotong FC, Badang FC . . .


0 Comments:
Post a Comment
<< Home