Sesi SepakBola 1
Sesi latihan sepakbola hari ini Alhamdullilah berjalan dengan lancar. Cuaca sungguh indah hari ini. Latihan bermula dari pukul 4.00 petang dan berakhir pada pukul 6.30 petang di car park C Pasir Ris. Semua ahli keluarga yang terlibat hadir dengan semangat yang BERKOBAR-KOBAR! Lebih-lebih lagi apabila melihat jersi yang berwarna merah. Terima kasih pengurus teknikal - MAI.
Latihan bermula dengan sesi memanaskan badan yang dikelolakan oleh jurulatih kelas A - ANISTINO. Kemudian dua pasukan beradu tenaga. Di akhir pertandingan pasukan JERSI MERAH (AbangKadir, AbangSajat, Herman, Adi, Atiq, Ibrahim, Azhar, Roslan, Jaafar Nor, Aghin dan Iskandar) telah berjaya mengalahkan pasukan KULIT BADAN( AbangAtit, Om, Anis, Faiz, Jaafar, Hakim, Khairul, Uji, Zohri dan Hambali) 3 gol berbalas 2 dengan pelbagai keputusan yang kontroversi. Namun begitu semangat kesukanan cukup tinggi. Syabas! Melalui latihan pertama ini kita telah mencungkil bakat-bakat yang terpendam dan yang tenggelam.
Sementara kaum ibu menjamu selera dengan hidangan roti john, jemput-jemput dan mi siam dan sesi spa urut-mengurut di taman, anak-anak sibuk bermain bola dan kapal terbang.
Sesi kedua - 19 Mac 2006 - akan diadakan selepas majlis perkahwinan Zetty dan perlawanan pertama akan dijalankan pada 26 Mac 2006 - di Bukit Batok.
# Nantikan tayangan VIDEO sesi pertama - pasti hebat jaringan ke gol sendiri!


0 Comments:
Post a Comment
<< Home