PULAU BUKOM
Hari ini kami telah melakukan reki di Pulau Bukom. Kemudahan yang disediakan di Resort Shell kami berikan 5 BINTANG. Sewa biliknya pakej 1 - 3H/4M (Jumaat ke Isnin) cuma $90.00 (2 bilik tidur + ruang tamu) yang lebih luas daripada Resort SERDANG.
Kemudahan lain : Gelanggang badminton berhawa dingin, gelanggang tenis, padang bola, kolam renang di tepi laut, BOWLING ($2.00 aje), bilik band muzik dan jeti untuk memancing.
Terdapat dua restauran yang menyediakan makanan sehingga 10 malam. Satu di depan kolam renang dan sebuah lagi berdekatan dengan Masjid Pulau Bukom. Restauran itu menyediakan makanan timur dan barat dengan harga $1-$2 lebih murah daripada di SIMPANG BEDOK!
Parking kereta – FREE pada hari Minggu sahaja. Begitu juga feri ulang alik tidak mengenakan bayaran. Percuma!
BILIK RESORT :
Unit 1 : Keluarga Abd Kadir/Kak Iton + Herman/Yan + Iskandar/Zeti
Unit 2 : Keluarga Anis/Mai + Busu/Roslan + Abd Atit/Minah
Unit 3 : Keluarga Jafar/Bibik + Om/Yati + Bak Jad/Kak Ngah
Unit 4 : Keluarga Wak Sam +
CERITA LAWAK :
10 pemain di bahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan Veteran (Abg Kadir, Kak Iton, Yati, Om dan Atiqa) menentang kumpulan FUNKY (Herman, Yan, Zeti, Iskandar dan Hakim).
1 Semua orang melakukan 2 balingan setiap kali tiba giliran kecuali Zeti seorang yang melakukan 4 balingan untuk gilirannya. Kenapa? TEKNIK 5 km per hour!
2 Pemain-pemain Funky tidak dapat mengatasi jumlah punggutan markah tertinggi peserta daripada kumpulan Veteran – Orang Perak yang mendapat 107 mata. Nampaknya tahun ini 2006 Orang Perak ini akan jadi JUARA lagi!
3 Kelakar SERAM - markah Kak Iton lebih tinggi daripada Om Ijal (Brad). Sila perhatikan gambar di atas.
4 Ketika kami berada di dalam feri ke Bukom 10.45 pagi kami terima panggilan telefon dari Om Ijal yang berhenti di tepi jalan PIE sama ada hendak ke JALAN BAHAR atau ke PULAU BUKOM. Kami menantinya untuk feri 11.45 pagi, rupanya mereka balik ke rumah semula – MELEPASKAN HAJAT kemudian baru ke Bukom pada pukul 12.45 tengah hari!
BERITA TERKINI :
Kami minta maaf kerana tarikh 2 & 3 SEPT 2006 sudah penuh. Kalau adapun cuma satu unit. Kami cuba dapatkan tarikh 26 & 27 OGOS 2006 atau 9 & 10 SEPT 2006 atau mungkin pada 23 & 24 DIS 2006 untuk PESTA KELUARGA kerana 31.12.06 & 1.1.07 HARI RAYA HAJI.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home