Sunday, October 29, 2006

JaLaN JaLaN CaRi KUiH (DUiT) RaYa

Keluarga WAKDIR yang pertama sampai di rumah BAKJAD untuk sarapan pagi bersama ahli kerluarga baru tahun ini IQIN yang baru pulang dari PERAK bersama papa dan mamanya selepas puas bermain mercun di balai polis PERAK. Setelah semua ahli keluarga yang lain tiba bersarapan pagi termasuk BATRISYAH dan ISKANDAR, kami sebanyak 6 buah kereta bergerak dari DOVER ROAD menuju ke rumah NEKMUS di CLEMENTI.

Di rumah NEKMUS kami bertemu keluarga WAKRAM yang sebelum itu telah menelefon kami di rumah BAKJAD kerana mengambil NOI yang sedang menjalani kursus F1 di UBI AVE. NEKMUS kelihatan kurus dan INSYA ALLAH kita bertemu lagi di syawal akan datang.

Rumah ketiga ialah rumah LONG AHMAD tempat NEKLONG menginap di CLEMENTI di BLK 414 TINGKAT 18 #3005. Sebelum dipelawa masuk WAKDIR menerpa untuk bertemu NEKLONG. Kasihan si menantu yang terpaksa melayan kami yang terlalu ramai dan datang mengejut itu.

Untuk FIRST HALF lawatan berakhir di rumah BUSU di BUKIT BATUK. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada CHEF ATIQ dan pembantunya WANI yang menghidangkan SUP TULANG dan AYAM GORENG. Selepas solat zuhur WAKDIR terpaksa berpisah untuk ke CLEMENTI ITE sementara komboi diterajui oleh BAKJAD dan ABGJAAFAR.

Sebelum tiba ke rumah UJI/RINA komboi bersiar-siar di HOME TEAM di CHUA CHU KANG tempat ALHAKIM menjalani NS. Hidangan buah-buah bercokelat sebagai pencuci mulut.

Di KAMPONG ARANG mereka mengetuk rumah RAUDAH tetapi tiada jawapan dan komboi beraya di rumah WAKATIT.

Akhirnya komboi beristirehat di rumah MAI/ANIS untuk TEA TIME. WAKDIR kembali bersama komboi dan ahli keluarga SEDIH terutama keluarga JAAFAR/BIBIK kerana kunjungan ke JOO SENG terpaksa dibatalkan kerana kesuntukan masa. HERMAN/DIANA mengambil kesempatan menghadiri majlis cukur rambut di BEDOK.

Untuk SECOND HALF komboi menuju ke rumah NEKCIK di JALAN DAMAI BLK 666 tingkat 7 BEDOK RESERVOIR. Kebetulan kami bertemu ABG HASSAN dan isterinya PUAN ZAHARA di rumah NEKCIK. Oleh kerana itu lawatan ke LOYANG VILLA terpaksa ditunda. YAYA minat sangat untuk CANDAT SOTONG!

6.20 petang kami mengundur diri dari rumah NEKCIK untuk ke rumah BAKDON untuk makan malam. Sebelum itu WAKDIR dan WAKITON mengucapkan terima kasih kepada kuih-kuih yang kami kutip di rumah-rumah yang dilawati untuk berbuka puasa di dalam kereta (maghrib 6.51) menuju ke WOODLAND. Syukur ALHAMDULLILAH.

Hidangan ayam goreng, ikan pari CROCODILE HUNTER masak lemak menjadi hidangan utama. Kami berebut-rebut mengisi tembolok masakan hidangan menantu BAKDON/MAK dan isteri RAZALI. Sebelum berpisah WAKDIR mendoakan agar BAKDON dapat cucu pertama insya Allah tahun 2007. Amin.

Di rumah OM IJAL kami dihidangkan dengan hidangan COOL yang menjadi kesukaan anak-anak eskrim sebagai pencuci mulut. OM IJAL terpaksa berulang dua tiga kali ke MINI MARKET. OM IJAL kena reject dengan lif tiga kali hahaha.

Di sini keluarga BAKJAD berpisah untuk pulang ke DOVER tetapi jangan lupa 4 OKTOBER 06 di rumah ISKANDAR/ZETTY.

Rumah terakhir ialah rumah HERMAN/DIANA. Selepas menjamu selera kami membincangkan aktiivi badminton, tennis, masjid sambil menonton perlawanan MAN U dengan BOLTON. Jangan lupa 10 NOV 06 sesi tennis & badminton di BEDOK RTC pukul 8.00 malam. ANIS/MAI - SUPPLY raket tennis & bola. OK!

Semoga JaLaN JaLaN CaRi KUiH (DUiT) RaYa tahun ini merapatkan hubungan ahli keluarga terutama yang muda-muda semoga mengenali sepupu-sepupu mereka dengan lebih rapat. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

KELUARGA ISKANDAR & ZETTY
MENGADAKAN MAJLIS DOA SELAMAT & RUMAH TERBUKA
4 OKTOBER 2006 (SABTU)
PONGGOL TOWN

0 Comments:

Post a Comment

<< Home