SuKu TaHun 07

Seperti biasa ada blog yang aktif ada blog yang 'sepi' . Macam pilihanraya ada parti yang aktif bila tiba hari mengundi.
Untuk suku tahun 07 - banyak yang dapat kita berkongsi pengalaman kehidupan yang penuh dengan asam garam kehidupan. Pasti anda mencurahkan berbaldi-baldi air mata sebanyak tujuh tempayan selepas menonton 'blogwood' dari saluran kabel Ylo In The House. Selepas puas menangis kita terhibur dengan saluran Disney yang menyajikan video klip Atukku Atukmu oleh Skaseisk dan SuperHero oleh Ayangz. Tidak lupa juga rancangan ala Mat Yoyo oleh TamanBahasa dengan video klip Rock Kapak dan Pencinta Nyai oleh Syurgawijr. Serta siri misteri Nusantara TV3 : jangan tengok belakang - jembalang tanah oleh TamanBahasa.
Nampaknya tahun ini Jom Lepak begitu giat melakukan 'extreme makeover'. Sama ada dari segi bahan dan wajah. SyaBas! Artikal Tali GanTung penuh berinformasi untuk dikongsi bersama. Begitu juga SweetDarling berubah dengan wajah RetRo yang segar dan ceria. Video klip deklamasi sajak dengan irama buluh perindu bagai kenangan mengusik jiwa menyusuk kalbu.
Kita juga mengucapkan selamat berhijrah dan mendoakan kejayaan kepada MyKidz yang telah mengambil langkah untuk hidup di rantauan. Bye Bye Carens. Namun itu adalah langkah yang positif, setidak-tidaknya kita ada hostel free tahun depan. Lagipun kata orang jauh bau bunga. Dekat bau . . . !
Kami mengalu-alukan kehadiran 'blog oddiq' - Odah/Herman Dan Pak Atit Famili. Lagi ramai lagi meriah dan pasti seronok membaca pengalaman baru setiap hari. Kami masih menanti kelahiran blog Wak Ram dan Bak Saadon! Takkan nak tunggu cucu baru nak main blog!
Dalam kehidupan - kata pujangga : lidah yang tidak bertulang dan mata pena lebih tajam dari mata pedang. Kita panggil mulut laser! Sama ada kita sedar atau tidak ia mungkin menjadi penawar duka atau sebaliknya melukakan perasaan. Sedangkan lidah lagikan tergigit inikan pula hidup berkeluarga. Jadilah lilin membakar diri menerangi orang lain jangan jadi duri yang menyucuk diri menyakiti orang lain. Ok cukup di sini. Tau tak apa!
Kita masih menanti karya puisi dari para pemblog dan gambar sensasi. Sejauh ini artikal-artikal lawatan dan melancong mengisi kebanyakan blog. Banyak tip pelancongan yang boleh dikongsi bersama.
Sesi perlawanan bola telah berlangsung dengan jayanya. Namun akibat kecederaan ke atas beberapa pemain star - Skazeisk, Ayangz, dan SweetDarling perlawanan bulan April digantung. Insya Allah perlawanan seterusnya akan dimulai semula pada bulan Mei - bulan ini. Ada yang berminat?
Berita Ringkas :
1. Noi telah melanjutkan pelajaran di Universiti Melburne Australia
2. Sambutan hari jadi Atuk Hj M Salleh di Restoran Hjh Maimunah 07.04.07
3. Rencana Animator ZulHikam tersiar di akhbar Berita Harian 02.05.07
4. Skazeisk melancong ke Turki selama sepuluh hari - Insya Allah kembali esok 07.05.07
5. 23 ahli keluarga akan menyertai lawatan Ke Pulau ReDang pada 13.06.07


0 Comments:
Post a Comment
<< Home