Thursday, October 18, 2007

Ziarah Raya 2 – Segmen 2



Di samping menyajikan hidangan raya, Jom Lepak juga menyajikan ruang untuk lepak. Ramai yang ambil kesempatan untuk lepak giler – melelapkan mata! Sesuai benar dengan jenama Jom Lepak! Sementara anak-anak bermain x-box. Tapi yang penting semua hepi!

Tiba-tiba Om muncul dengan mengubah program ziarah untuk ke rumahnya dahulu sebelum ke rumah BakDon.com. Apa lagi kami serbu ke rumahnya yang menyajikan hidangan penyejuk tetak – iskrem pelbagai perasa serta pameran eksklusif kehidupan kucing!

Rugi benar kalau tidak merasa masakan BakDon.com dengan hidangan kualinya sekali di atas meja hidangan! Tetapi kami terpaksa beredar tergesa-gesa kerana satu lagi rombongan keluarga sedang menanti di luar pintu!

Ziarah ke Woodland dari pukul 2.30 petang berakhir pada pukul 5.30 petang. Kini kami melalui CTE untuk beraya di Potong Pasir. Kami tiba sebelum tuan rumahnya Sara.com tiba – tuan rumah merayap ke Toa Payoh.

Setelah kata putus diambil dan dipersetujui Famili TamanBahasa, Skazeisk dan Ayangz ke Joo Seng, sementara yang lain beraya di rumah MyKidz di Kallang Bahru serta meraikan acara potong kek hari jadi. Hepi Birthday Ahmad Danish! All the best for MyKidz yang akan menjadi warga kangaroo.

Apabila azan maghrib berkumandang, barulah Cg dapat merasai roti kirai yang dititipkan oleh SweetDarling. Kali ini tak tersasul lagi untuk menikmati rezeki Allah. Hidangan raya sepanjang ziarah benar-benar mencabar! Syukur alhamdulllah dapat bertahan!

Setelah bersolat maghrib, semua para peserta diberikan sekeping kad pemilihan Raja dan Ratu Raya 2007. Peserta yang mendapat undi terbanyak akan dinobatkan sebagai pemenang. Syarat utamanya tidak boleh pilih ahli keluarga sendiri. Jika pilih, undi itu batal.

Ramai yang ambil kesempatan untuk mempromosikan diri. Pilihlah aku! Pilihlah aku! Ada peserta yang sanggup tukar baju baru. Ada yang menyembunyikan bekas kekotoran makanan dalam kain samping. Ada yang tak makan saman sebab pilih ahli keluarga sendiri! Tapi yang penting semua hepi!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home