Sunday, November 04, 2007

Malam HaPPeninG !!



Malam tadi kami (anak, menantu, mertua, cucu dan ipar) telah ke stadium Emirates. Tetapi kerana kami sampai agak lewat, jadi kami hanya dapat menonton di luar stadium yang menayangkan di beberapa TV plasma untuk penonton. Semua meja dan kerusi penuh!

Perlawanan bermula dengan tepukan gemuruh. Nampak gaya hampir semua peminat Man U yang berpakaian jersey merah. Tetapi para pemainnya memakai jersey hitam.

Kami memesan makanan dan minuman. Para penonton menjerit Gooolll setap kali bola menuju ke gawang. Jeritan itu sungguh gamak pada minit 43 bila Rooney menjaringkan gol. Mereka menjerit Gooolll setiap kali ulang tayang. Peminat Arsenal Boooring habis.

Keadaan kembali normal masa rehat.

Tiba-tiba semua penonton menjerit lagi kuat bila perlawanan bermula dan Arsenal menjaringkan gol penyamaan sehingga Aniq terperanjat berok dan menangis menggigil tanpa henti!

Semua mata kata orang glue pada skrin TV. Makanan dan minuman mereka tidak pedulikan tidak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan semua menjerit sekuat hati ... Goooooooolllll...bila Ronaldo menjaringkan gola kedua. Pasti Man U menang, tinggal lagi 10 minit.

Semua buntut panas menanti saat 90 minit perlawanan. Tapi tambah 3 minit. Tiba-tiba Galas menjaringkan gol kedua. Semua bangun menjerit Gooooooolll . . . Betul-betul happening experience . . . . tak pernah walaupun selalu berada di sini! Macam betul-betul berada di dalam stadium Emirates!

Preeeettt, wisel ditiup. Semua penonton (pelanggan) yang pelik bertepuk tangan beramai-ramai, betul-betul macam dalam stadium, macamlah para pemain itu dengar. Peminat Giler Bola!

Tapi yang penting semua puas. Draw 2 -2 !

0 Comments:

Post a Comment

<< Home