Friday, October 26, 2007

FaMily BloG UniteD




Pasukan BolaSepak HMS akan dikenali sebagai FaMily BloG UniteD. Selepas mengambil kira beberapa nama yang dikemukakan tidak begitu bertepatan dengan inspirasi HMS yang berkembang sejak April 2005 melalui lelaman blog.

Melalui lelaman blog HMS segala butir berita kegiatan bolasepak dipostkan untuk pengetahuan ahli keluarga. Blog HMS juga memuatkan video klip perlawanan untuk tontonan bersama. Sudah sewajarnya nama itu bersesuaian dengan inspirasi blog HMS yang bertujuan merapatkan lagi silatul rahim di antara ahli keluarga yang tersebar luas di bumi Allah ini.

Sejak April 2005 lelaman Hj Salleh's Family atas daya usaha Ylo Inda House telah menebarkan sayapnya ke pelosok dunia dan kini mempunyai ahli tetap 10 lelaman blog daripada ahli keluarga HMS dan akan terus berkembang; kecil tapak tangan, niru kami tadahkan kepada ahli-ahli baru yang ingin bernaung di bawah panji-panji blog HMS.

Kami mengalu-alukan kehadiran rashidcompanynpteltd untuk memeriahkan suasana melungsuri lelaman blog dengan gosip-gosip panasnya sambil berkongsi suka duka pengalaman hidup. Selamat Datang!

Akhir sekali jumpa anda semua di CAR PARK C PASIR RIS pada pukul 3.00 PETANG! Hari AhaD - 28 OCT 2007.

# Jika ada pandangan atau usulan sila tag di blog.
# Yang mana lebih sesuai : Family BloG United atau BloG's Family United atau United BloG Family atau United Family BloG asal jangan GoBloG UniteD sudah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home