Tuesday, November 18, 2008

OBAMA 2007 & 2008


Kategori gambar menampilkan 14 keping gambar untuk merebut anugerah tahun ini. Melalui sekeping gambar ia dapat menceritakan bukan satu tapi seribu cerita yang tidak dapat diungkapkan oleh kata-kata. Perakam warna-warni kehidupan !!!

Daripada 7 kategori yang dipertandingkan, kategori video dianggap panas. Panas kerana terdapat lima video klip yang dianggap bertaraf 7 bintang! Video-video tersebut mempunyai ciri-ciri kekeluargaan, idea yang segar dan kreatif, menghiburkan dan tidak jemu menontonnya berulang kali !!!

Begitu juga dalam kategori aktiviti dan artikal terdapat aktiviti dan artikal yang memberikan kita value added dari segi pengetahuan dan pengalaman. Perkongsian pengalaman hidup sama ada suka, duka, takut, bosan, gembira, realiti mahupun misteri! Kepelbagaian aktiviti dan artikal yang diketengahkan benar-benar menguji para pengundi untuk memilih yang terbaik !!!

Walaupun terdapat 8 penyertaan dalam kategori puisi/prosa, namun para pemblog dapat menyampaikan dengan dengan bahasa yang cukup puitis dan bersahaja sama ada isu peribadi ataupun isu semasa. Syabas !!! Mungkin tahun hadapan penyertaan kategori puisi/prosa ini akan bertambah! Kadang kala keindahan bahasa itu penawar stres dan menceriakan kehidupan yang kita lalui ini !!!

Dalam kategori design kebanyakan para pemblog masih mengekalkan design yang menjadi identiti setiap blog. Ciri pemilihan hendaklah berdasarkan mudah untuk dibaca dan dilungsuri serta kesegaran dari segi pemilihan warna dan unsur-unsur estetik. Tetapi yang paling utama blog tersebut sering diupdate. Sentiasa aktif !!!

Akhir sekali . . . Selamat Mengundi OBAMA 2007 & 2008 !!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home