Pesta KeluarGa 2008 : 7
Terperangkap WujuD 3
Selama dua malam kami berdua merenung laut. Sama ada laut tenang atau laut berombak atau bergelombang. Sedang ahli keluarga kami dibuai mimpi indah kami berdua melayari malam bersama bintang di langit dan deru bayu malam.
Di beteng batu penghalang ombak kami duduk, berdiri dan baring tidur-tidur ayam. Mengharapkan kewujudannya. Kepuasan berbaloi bila dapat melihat kewujudannya.
Pada malam kedua kami berdua berkampung lagi di beteng batu penghalang ombak sejak pukul 12 tengah malam. Rupanya ramai yang berkampung di beteng itu. Tetapi menjelang 3 pagi hanya tinggal seorang sahaja yang berdiri di beteng batu itu. Yang lain semuanya sudah ke darat.
Semasa air surut, beteng itu bersambung ke darat tetapi menjelang 3 pagi air pasang telah memisahkan beteng batu itu. Air naik hampir ke paras beteng batu. Tinggal aku seorang. Hatiku dipagut keresahan.
Bagaimana kalau air pasang terus naik ke paras beteng? Ke mana aku hendak melarikan diri? Selama 3 jam sehingga menjelang subuh doaku cukup panjang. Bila air laut itu akan surut? Hendak berenang hatiku berbelah bagi. Aku terperangkap oleh kewujudan rasa tiada keyakinan diri!
Adakah aku akan dihanyutkan ke tengah laut? Dua minggu yang lalu seorang remaja Melayu ditemui terdampar di pantai yang sama. Menjadi korban pada waktu dinihari! Kini aku juga terperangkap dalam kewujudan!
Bersambung . . . Realiti WujuD 4
Ucapan TERIMA KASIH daripada MYKIDZ-ROOS

0 Comments:
Post a Comment
<< Home