Friday, June 05, 2009

BioGRafi KelUarGA


Cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut sudah pasti akan ada tokok tambahnya. Sejengkal jadi sedepa. Akhirnya menimbulkan kekeliruan dan kesangsian. Itulah yang berlaku kepada lagenda Hang Tuah atau Si Tanggang. Begitu banyak versinya !!

Begitu juga yang berlaku kepada sunnah nabi. Penulisan berlaku selepas kewafatan baginda. Kini terdapat pelbagai sunnah yang bercanggahan walaupun terdapat Sahih Bukhari yang menjadi pegangan ahli sunnah waljamaah.

Lelaman maya seperti blogspot ini adalah wadah terbaik untuk merakam peristiwa kehidupan semasa hayat dikandung badan. Rakamkan apa saja sama ada dalam bentuk teks atau video agar menjadi bahan rujukan anak cucu-cicit kita yang akan datang.

Tidaklah kita tergaru-garu kepala untuk mendapatkan informasi seperti yang Cg alami untuk membongkar kembali kenangan dan pengalaman hidup di 48D Bedok Road!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home