Friday, December 24, 2010

BEriTA HMS


Semalam ahli keluarga HMS dipagut kebimbangan. Dari pagi ATOK hanya memerap di bilik. Tidak mahu makan dan minum. Selalunya sebelum pukul sembilan ATOK akan ke dapur untuk makan.

Walaupun disuruh minum dan menjamah makanan, ATOK hanya mendiamkan diri. Katanya kepalanya pusing! Cg menerima SMS ada pukul 2.53 petang daripada Syurgawijr. Cg langsung ke Tampines selepas hantar Atiqa kerja dan berbelanja di Giants.

Kak Long dan Aiza menziarah ATOK kerana akan terbang ke PERTH pada hari Isnin ini untuk bertemu cucunya selama dua purnama. ATOK mengatakan beliau sudah makan dan minum apabila Cg bertanya, walaupun dinafikan oleh Bibik dan Munah!

Setelah dipujuk, Cg dan Khairul menghantar ATOK ke Hospital Changi untuk pemeriksaan lanjut. Kemungkinan hentakan di kepalanya ketika jatuh 10 hari yang lalu mungkin memberi kesan terhadapnya. DR Aiza don't like cara pernafasan ATOK.

Pemeriksaan doktor mendapati tiada demam, kencing manis, tekanan darah, keadaan kepala, perut dan kaki semuanya > OK ! Kerana ATOK tidak muntah atau pengsan selepas jatuh. Ditakuti ada pendarahan di kepala selepas 10 hari. Cuma semalam saja ATOK mogok tak mahu minum dan makan.

Selepas dua jam berkonsaltasi dengan doktor pada 7.15 malam kami kembali dan ATOK mula mahu makan nasi. Ubat yang dibekalkan oleh doktor cuma panadol dan pil pening!

Pada malamnya Skazeisk & Ayangz melawat ATOK. Kepada yang lain doakan semoga ATOK kembali ceria dan sihat !!


0 Comments:

Post a Comment

<< Home