Saturday, July 30, 2011

Diari Kecil HMS 91


Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul . . .

HMS menghitung hari sejak dari tarikh pemergian 'kekasih hati'. Setiap hari HMS mencatat hari-hari yang berlalu di lembaran buku kecilnya . . . sehari . . sehari . . sehari . . sehingga ke seratus hari, ke tujuh ratus hari . . ke seribu hari . . . seterusnya hingga ke . . . hari . . . HMS memendam kedukaan . . . kepiluan . . . kerinduan . . . nantikan post hari-hari mendatang, insya-Allah.

Selain daripada lembaran catatan kedukaan . . . kepiluan . . . kerinduan . . . lembaran-lembaran di buku kecil HMS itu turut mencatat nama, tarikh lahir serta nombor kad pengenalan ke semua 11 orang anak serta bilangan cucu.

Siapakah anak yang lahir pada waktu dinihari hari Ahad?

Catatan di buku kecil itu juga dilengkapi dengan lembaran alamat rumah setiap anak-anak berserta nombor telefon untuk dihubungi dan juga plat nombor kereta.

Milik siapakah kereta yang berplat nombor SDZ 1354H?

HMS juga turut melakarkan peta kedudukan flat, perhentian bas, MRT serta arahan ke blok tempat tinggal bagaikan > road directory di lembaran buku kecil HMS.

Perkhidmatan bas nombor 187 menuju ke rumah siapa?

>>> Bersambung

0 Comments:

Post a Comment

<< Home