JALAN RAYA 2011
Allah Akhbar! Allah Akhbar! Allah Akhbar!
Syukur Alhamdullilah setelah menunaikan ibadat puasa pada bulan Ramadhan kini tiba masanya meraikan hari kemenangan pada bulan Syawal.
Setiap tahun kita berkumpul pada hari pertama di 48D Bedok Road, kemudian ke Blk 124 Tampines dan berakhir di Blk 335 Tampines.
Masa dan keadaan berubah. Oleh itu kita perlu bersedia untuk berubah. Masa dan keadaan tidak akan kekal selamanya. Perubahan membawa nilai-nilai posotif.
Nabi menggalakkan umatnya berhijran > berhjrah tempat, berhijrah sikap dan berhijrah apa sahaja yang membawa kebaikan dan menerimanya dengan fikiran yang terbuka.
Tahun ini tempat pertemuan raya pertama berubah tempat ke Blk 841 Woodlands. Majis bermaafan mengeratkan silataul-rahim di kalangan ahli keluarga HMS di samping menjamu selera hidangan ketupat, lemang, rendang dan kuih-muih raya.
Cg sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih atas kunjungan ahli keluarga HMS. Untuk tahun depan terpulang kepada ahli keluarga HMS menentukan tempat pertemuan. Sama ada menawarkan tempat kediaman pertemuan - salah seorang daripada 11 anak HMS atau meneruskan tradisi di Blk 841 Wodlands.
Jalan Raya 2011
Untuk jalan raya tahun ini insya-Allah akan dijalankan pada hari Sabtu ini 03.09.11 bermula pada pukul 12.00 tengahari di Dover Road - Makan tengahari. Sesiapa yang ingin turut serta bolehkan bertemu di Dover Road > Kediaman Hj Sajat & Hjh Kamisah.
Sila layari FaceBook dan Blog HMS untuk mendapatkan informasi terkini di samping SMS dan Twiter! Akhir sekali Selamat Hari Raya > Maaf Lahir dan Batin.


0 Comments:
Post a Comment
<< Home