Sunday, August 07, 2011

Diari Kecil HMS 99


Selawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w


Adakah kedukaan . . . kepiluan . . . kerinduan HMS setakat 4 tahun?
Anda pasti teruja . . . terkasima melihat lembaran seterusnya!

Setelah menyelami kehidupan HMS melalui catatan ringkasnya di Buku Kecil HMS dapatlah dimengertikan keikhlasan pengorbanan HMS terhadap keluarga yang dicintainya.

Kini HMS telah pergi untuk selamanya. Walaupun HMS tidak menuntut pengorbanannya dibalas kerana itulah tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t

Tiada lagi wang atau material yang dapat ditukar ganti untuk membalas jasa dan pengorbanan HMS. Kecuali satu. Doa dari setiap zuriatnya.

Untuk mengkhatamkan alQuran mungkin berat. Untuk menyedekahkan satu juz alQuran mungkin tiada masa. Membacakan salah satu daripada 114 surah mungkin kesibukan bekerja.

Marilah kita sedekahkan surah alfatehah untuk HMS dan 'kekasih hati' :
jika dapat setiap sembahyang alhamdullilah
jika dapat sehari sekalipun alhamdullilah
jika dapat seminggu sekalipun alhamdullilah
jika dapat sepurnama sekalipun alhamdullilah
jika setahun sekalipun alhamdullilah . . . sehingga ke akhir hayat kita.

insya-Allah
11 anak = 11 sehari sekali x 30 hari = 330 sebulan x 12 = 3,960 fatihah setahun
11 anak + 42 cucu = 53 sehari sekali x 30 hari = 1590 sebulan x 12 = 19,080 fatihah setahun

>>>alFatihah

0 Comments:

Post a Comment

<< Home