GarDen ParTy : 27 08 06
Pesta Mini Keluarga Hj Salleh atau Garden Party telah berlangsung pada 27 Ogos 06 mengambil sempena hari lahir ahli-ahli keluarga yang lahir pada bulan Ogos seramai 15 orang.
Pada pukul 4 petang cuaca sungguh baik dan hampir semua ahli keluarga hadir ketika acara pertama TeleMatch bermula. Terdapat 9 kumpulan yang mendaftar nama.
Acara memasukan bulu tangkis sungguh menyedihkan tiada seorang pun berjaya memasukannya ke dalam baldi. Sedangkan pihak penganjur telah berjaya memasukkan 2 daripada 6 bulu tangkis ketika dilakukan ujikaji sebelumnya. Semua markah kosong! Apa dah!
Acara kedua memenuhkan paper cup dengan straw berjalan tolak-menolak dan dengan tipu daya. Ada yang memasukkan air di mulut lalu dicurahkan ke paper cup bersama air liur. Sebab itu cepat penuh! Sementara yang jujur bertungkus lumus untuk memenuhkannya. Keluarga Herman, Yan dan Ira mendapat tempat pertama.
Acara ketiga ialah makan buah dan mengumpul biji mata kucing. Anak-anak jujur mengambil satu tetapi mak dan bapaknya menyuruh ambil banyak-banyak. Sementara Nadirah gembira lari sana lari sini – kasihan mak bapaknya tak dapat buah mata kucing! Faiz, Mai dan Muhammad mendapat tempat pertama. 33 biji dah!
Acara keempat meniup belon. Ada yang pipinya lebih kembung daripada belon. Keluarga Herman, Yan dan Ira mendapat tempat pertama.
Acara GemPak. Pandai-pandailah kopek untuk makan buah durian, Ada yang campak ke pokok, ke batu, ke bangku supya kulitnya terbuka hingga ada yang luka jarinya. Semua dapat merasa dan makan dengan sememeh untuk cepat habis kecuali Keluarga Bak Jad, Mak Ngah dan Iman tak dapat kopek walaupun dah hempas beberapa kali. Keluarga Pak Atit, Odah dan Wani menang tempat pertama.
Acara diteruskan dengan persembahan Silat Pengantin dari Wani & Atiq dengan diringi musik petikan gitar dari Iskandar. Langkah silatnya sumbang dah. Hentam saja lah! Gurunya silatnya Wak Mustarjo dah!
Persembahan Mini Konsert dari Group Man Is mendapat tepukan gerumuh dari para penonton kerana kehadiran artis undangan Spider, Jamal Abdillah dan Padi. Power! Rock Ever Die! Video Klip
Akhir sekali sambutkan hari lahir untuk ahli keluarga yang menyambutnya bulan Ogos. Iaitu : 3x, Iman, Jaffar (Nor), Faiz, Hakim, Wak Dir, Iskandar dan InSyirah. Selamat Hari Lahir.
Sebelum bersurai acara pembahagian hadiah dilakukan oleh CEO Hj Salleh dan bergambar beramai. Walaupun acara itu ringkas dan hadiahnya tidak seberapa namun yang pentingnya ialah quality time bersama ahli keluarga.
Keputusan TeleMatch :
1 Faiz , Mai dan Muhammad
2 Pak Atit, Odah dan Wani
3. Herman, Yan dan Ira
4. Uncle, Atiq dan Danish
5. Khairul, Ann dan Suffi
6. Rizal, Ylo dan Juliana
7. Iskandar, Eti dan Nadhirah
8. Bak Jat, Mak Ngah dan Iman
9. Ayah, Ibu dan Haatim


0 Comments:
Post a Comment
<< Home