Saturday, November 11, 2006

POK TeH & MOK TeH


Hari Ini (Jumaat) Keluarga Cg dan JR Telah Berkunjung Ke Rumah POK TEH & MOK TEH Di Skudai Johor Selepas Bersembahyang Jumaat Di Kota Raya. Kedua Pasangan WARGA EMAS Ini Sihat Walafiat Dan Hidup Berdikari Di Rumah Dua Tingkat.

Sekiranya Hendak Berkunjung Ke Istana Beliau, Ikut Jalan Arah Ke Skudai, Apabila Berjumpa SKUDAI PLAZA (Di Sebelah Kanan) Hempit Ke Kiri, Anda Akan Bertemu Stesen Minyak Shell Dan Sebuah Masjid. Di Sebelah Belakang Masjid Itu Masuk Lorong TIMAH 1 Kemudian Belok Ke Kiri Masuk Lorong TIMAH 9. Insya Allah Anda Akan Bertemu RUMAH NO. 52.

TAHUN LALU, Pok Teh Berusaha Bertungkus Lumus Membetulkan Entena TVnya Hingga Memanjat Ke Bumbungnya Untuk Siaran AntaraBangsa. Pok Teh Suka Tape BOXING Di RCTV Sementara Mok Teh Minat DATIN N, Sebab Itu Ada 2 TV.

TAHUN INI, Pok Teh Menjadi Pakar IT, Beliau Kini Sudah Canggih. Mengadun Video Dengan Lagu Untuk Dijadikan VCD Rakaman Majlis Perkahwinan. Tak Pernah Pergi Kursus Tapi Macam Seorang Pakar Menerangkan Tekniknya Kepada Kami. Wow!

CERITA LUCU :
Ketika Kami Menuju Ke Rumah Pok Teh, Kami Sedikit TERSASUL Ke Lorong Tembaga, Tetapi Dengan Panduan FIRASAT Akhirnya Kami Tiba. Dapat Panduan Dari SMS Tapi Sudah Terlambat Kerana Kami Sudah Pun Tiba Di Pintu Rumah Pok Teh.

Ketika Hendak Pulang Hujan Turun Selebatnya Lalu Menuju Ke GIANT. Tiba-tiba NurBatrisyah Menangis Nak Susu. Masya Allah BOTOL SUSU Tertinggal Di Rumah Pok Tek Dan Dapat Panggilan Telefon Dari Munah (Singapore) Pok Teh Kata Botol Susu Tertinggal. Kami Berpatah Balik. Kali Ini Ia Seakan Ujian Ingatan (REFRESH) Untuk Ke Rumah Pok Teh Supaya Lain Kali Tidak 'TerSasul'.

# Terima Kasih kepada Haatim yang menjadi teman Haziq (Terseksa!)
# Kini ROCK YOU ada khidmat lagu. Tapi kalau bosan dengan lagu yang berulang kali, KLIK icon volume di bawah kiri.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home