Sunday, July 31, 2011

Diari Kecil HMS 92


Cubit peha kanan, peha kiri terasa juga . . .

HMS tidak pernah berkongsi kedukaan . . . kepiluan . . . kerinduan yang dialaminya akibat pemergian 'kekasih hati'nya kepada sesiapa. Kedukaan . . . kepiluan . . . kerinduannya ditanggungnya sendiri sehingga ke akhir hayatnya. Bukan sehari . . . bukan seminggu . . . bukan sebulan . . . bukan setahun . . . tapi 10 tahun! masya-Allah!

Selain lembaran-lembaran yang mencatat butiran maklumat kesebelas orang anak, buku kecil HMS juga mencatat butiran nama, alamat, nombor telefon adik-beradik HMS dari kakaknya Allahyarhamah Hjh Absah hingga ke adik bungsu HMS yang terakhir yang sering dilawati HMS semasa hayatnya, Allahyarhamah Hjh Muslimah > CikMos di Clementi.

Siapakah yang tinggal di Blk 609 #04-676?

Begitu juga catatan lengkap nama dan alamat serta nombor telefon anak-anak saudaranya, sama ada yang menetap di Singapura mahupun di luar negara.

Siapakah yang tinggal di Blk 229 #06-194?

Semasa ziarah hari raya, Cg sekeluarga menemani HMS dan 'kekasih hati' menziarahi setiap adik-beradik dan anak-anak saudara beliau. HMS yang bertemankan buku kecil itu akan membuka lembaran alamat-alamat tersebut. GPS HMS lebih lengkap dengan nombor unit rumah.

Siapakah yang tinggal di Blk 779 #04-566?

>>> Bersambung


0 Comments:

Post a Comment

<< Home