Selamat HARi GURU
Setiap dari kita pasti tidak dapat dipisahkan daripada insan yang bergelar GURU. Ia bagaikan irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dulu kita mula mengenal insan yang dipanggil GURU ketika berusia 6 atau 7 tahun ketika memasuki darjah satu, kini seawal 3 atau 4 tahun anak-anak dihantar ke tadika untuk meraih ilmu dari insan yang dicall TEACHER.
Insan yang kita panggil CiKGU, SiR, MR, MRS dan MiSS ataupun LAU SHeK telah mencorak warna-warni kehidupan setiap murid, pelajar ataupun penuntut di bawah didikannya. Sama ada secara halus ataupun kasar. Sama ada menerimanya dengan ikhlas dan tangan terbuka ataupun menolaknya dengan bertindak mengikut istilah MiA, RTP ataupun 4 letter word!
Jika dahulu penghargaan masyarakat terhadap insan yang dipanggil GURU ini cukup tinggi dan membanggakan tetapi ini penghargaannya dipertikaikan dan tutur kata keramatnya kini dibakul sampah.
Namun begitu tugas dan tanggungjawab yang digalas dan diamanahkan dilaksanakan sebaik dan semampu mungkin. Insan yang berjawatan GURU seramai 31,000 di negara kita menjadi tenaga pengerak institusi pendidikan, keilmuan yang menjana kecemerlangan sistem pendidikan sehingga dicontohi oleh negara-negara luar termasuk Amerika Syarikat.
Kita sering dikelirukan dengan fatamogana yang hijau di seberang sedangkan rumput yang dipijak adalah carpet grass yang tiada tandingannya tidak kita sedari. Begitu juga cabaran era teknologi dan digital perlu ditangani dengan bijaksana agar insan yang bergelar GURU ini tidak ketinggalan MRT peluru ataupun F1 siber 100 mb.
Kejayaan, Kecemerlangan dan Kejayaan yang dirai tidak dapat dinafikan pengorbanan insan yang dipanggil GURU. Ada yang mengharapkan balasan material ataupun ... dan ada yang ikhlas melaksanakan tugas yang diamanahkan.
Marilah kita ucapkan TERiMA KASiH kepada insan yang bergelar GURU yang telah melaksanakan amanah yang digalasnya dengan sebaik dan semampu mungkin. Mengenal A B C Alif Ba Ta dan 1 2 3 > Menjadi warga negara yang baik, berdisiplin dan bertanggungjawab serta beragama.

0 Comments:
Post a Comment
<< Home