Sunday, November 12, 2006

SeSi TeNNis 1


Sesi Tennis di Bedok RTC malam tadi berlangsung seperti yang dijadualkan. 5 ahli keluarga telah merasmikan sesi latihan selama 2 jam hingga pukul 10 malam. Terdapat bukan 1 tapi 2 gelanggang tennis yang bertaraf Wimbledon berserta dengan galeri tempat duduk penonton. Penonton setianya Wakiton dan Batrisyah. Good!

Cg yang pernah bertugas sebagai jurulatih di Wimbledon terpekik terpekau memberikan semangat dan membetulkan teknik pukulan anak didiknya yang lebih banyak membuat pukulan mengikut emosi daripada mengikut arahan. Syabas, nasib baik cuma dua tiga bola sahaja yang melambung ke langit dan keluar daripada jaringan. Wa Lau!

Walaupun terdapat 10 pemain yang menghadirkan diri namun terdapat bakat-bakat yang telah lama terpendam sampai mendak yang boleh digilap untuk bersinar di persada antarabangsa tahun 2020. Yes!

Ranking Bulan Nov 2006

01 Anistino - 7.0
02 Tai Tai - 2.0
03 3X - 3.0
04 YLO - 2.0
05 Daud Bakri- 3.0
06 Lady D - 2.0
07 Police Cg - 2.5
08 Busu - 2.5
09 JJ - 4.0

Semoga ranking ini akan menjadi motivazi untuk meningkatkan prestazi pemain pada bulan december dan tahun 2007. Insya Allah dalam masa 3 bulan mereka akan menjadi pemain kelas dunia. Wow!

Kelemahan Utama :
1. Memukul mengikut style badminton
2. Kekok untuk menghayun raket – dari belakang ke kiri (full swing)
3. Tak dapat mengagak bola datang – sama ada nak maju ke depan atau berundur
4. Tak dapat mengawal pukulan sama ada untuk memukul laju atau pelahan
5. Tidak dapat mengawal bola untuk diarah ke kiri atau ke kanan

Namun begitu pemain yang perlu disebutkan di sini yang paling layak untuk ke Wimbledon sebagai bolpiker ialah MuhdNurHaziq. Prestazi yang layak mendapat ranking 10/10 - berpeluh sepanjang malam dan tidak henti-henti memungut bola tanpa memikirkan keselamatannya - akhirnya dia lepak di tengah-tengah gelanggang dengan botol susunya. Power!

Sesi Futsal yang melibatkan pemain-pemain bertaraf ChildSea seperti Iman, Juliana, Nadhira, Sufi, Muhammad, Danish dan Sybrina telah memeriahkan suasana malam Sabtu di Bedok RTC. Baik Seh!

Jumpa anda minggu hadapan di tempat dan waktu yang sama.
Jangan lupa bawa raket badminton sesiapa yang tak minat main tennis. Ok

# Yang tak cute nya burn kalori 1200 – tapi makan tengah malam di Simpang Bedok 2400 ! Masya Allah!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home